Ahad, Ogos 14, 2011

Aku Yakin Aku Dapat Bertemu Ramadan Lagi

Assalamualaikum..
kenapa aku begitu yakin bahawa aku dapat berjumpa dengan Ramadan yang akan datang,
mana taknya kalau aku rasa ini Ramadan yang terakhir mesti aku berusaha mengabdikan diri pada Allah SWT untuk memohon rahmat yang memang tak dapat nak dibayangkan banyaknya. tapi sehingga kini hampir setengah bulan Ramadan berlangsung aku terus leka dengan urusan duniawi.


entah apa yang aku kejar, aku yakin ianya hanya untuk dunia yang fana ini. terdetik juga mengapa dunia yang fana ini sering memerlukan aku untuk memberi komitmen yang aku rasa aku akan hidup seribu tahun lamanya sedang kehidupan yang abadi di sana kelak aku tak pernah peduli. masa mula-mula Ramadan dulu, aku berbisik alaahh lama lagi, boleh buat amal ibadah lagi, banyak masa lagi la..tapi hingga kini, ramadan yang semakin hampir penamatnya ku rasa semakin jauh ku tinggalkan. kenapa tak ambil peluang masa dan tika ini untuk beribadah sedang aku leka menaip untuk entri yang ke sekian kalinya, apakah ini lebih penting dan barakah dari membuka helaian al-furqan. sungguh ia melalaikan sehingga kita cuba melalaikan ia.

Ya Allah Kau selitkanlah sedikit rasa untuk aku merasakan ini bulan rahmat yang terakhir untukku supaya aku dapat beribadah mengumpul jutaan rahmat yang kau campakkan Ya Allah.. Jangan Kau biarkan diriku terus ditipu oleh dunia yang bakal menjadi debu-debu tatkala Kau mengkehendakinya kerana aku mahu memiliki syurgamu yang abadi dengan membawa timbangan rahmat yang Kau beri dalam bulan ini. Wallahualam

3 ulasan:

  1. salam ziarah..
    ada benarnya..
    mula-mula semangat membara, lama-lama jadi biasa..mula sibuk nak beraya!

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya