Sabtu, Disember 29, 2012

Hasrat

Dalam sekali usia mengembara
hidup mau mesra
di kota - di desa
sama2lah merasa

Bergema suara mesra di udara
senyum ghairah dan chahaya
merebak seluas dunia
untuk semua - untuk semua

di bumi ini di daerah ini
ada dua jurusan: shorga - nuraka
hasrat berat kemana?

begitu tinggi hasrat ke shorga
getarannya terasa ditiap dada manusia
aku mau peluk sebelum senja tiba

Teman, kau kan tau
disini ada noda, dosa, puaka dan chahaya
tentukanlah warna bumi kita
dengan seribu daya membangun dan menchipta
selagi diri diusia pagi muda

(Utusan Zaman, 1960)

Jumaat, Disember 28, 2012

Maharaja Lawak Mega Mendung Di Angkasa

{lepak kedai makan sama hari macam hari ini, sama malam macam malam ini sambil tengok MLM dengan awek beberapa minggu lepas}

awek: hahahaha..kihkihkih..kuhkuhkuh (sorry aku tak dapat nak bunyikan ketawa kau dalam penulisan)

aku: (tengok je awek tengah gelak)

awek: capit..nape tak gelak? (sambil ketawa lagi)

aku: ha? kenapa nak gelak? tak lawak pun..

awek: capit..pelik..kelakar kan tu? (sambil ketawa lagi)

aku: (buat muka paling tak bernafsu gelak langsung) macam tu lawak? bosan lah lawak bodoh macam tu. (nada paling menyampah dan geli dgn peserta MLM)

awek: heheh..capit ni..pelik la..

aku: = ="

btw,nothing wrong with MLM, im just feel disgusting with that..no no this is my prob, not Astro's or not you guys yang memang minat giler sama MLM..I just geli dan nyampah je..why??..dont know..but the host..arghh..bingit!!

*disklemer: my fren used to call me capit instead of eszy coz its fuckin weird to call my real name.. :p


yes my soul not really tend to the humor thingy, but i'm still can laughing kuat giler tak kira kat mana-mana..seriously, ask my fren!!

my soul are like this song, aku suka benda-benda yang indah..jom layan sesama..mega mendung di angkasa, hembusan bayu dingin terasa....lalalala...sedapnya muzik keroncong


Khamis, Disember 27, 2012

Aku Bakal Kena Santau?

Assalamualaikum wbt,

bila sebut pasal santau menyantau ni mula la aku seram, aku seram sebab aku terbayang kalau kena santau ni mesti nanti muntah serpihan kaca la, berserta darah dan nanah la. Ya Allah semoga aku dilindungi dari marabahaya semua ni. seram la dengar pasal santau-santau ni. orang melayu ni kalau tak dapat nak balas dendam cara alam nyata, dia hantar pulak benda halus kat kita. kat mana la letaknya pedoman hidup, bermain dengan syaitan, iman senang naa goyahnya. 

ni tadi bukan apa, aku dapat mesej yang berkata aku akan dihantar santau kalau tak pulang duit dia balik. aku pon terfikir, jap aku ada hutang dengan orang ke? banyak pulak tu RM1500, aikkk..hutang dengan pt ada lah kot. takkan pt dok anta mesej santau-menyantau pulak ni khenn.. aku kesian pon ada dengan dia. ni bukti dia nak hantar santau dekat aku.

memula 16 Disember aritu dia bg mesej:


memang dia ada telefon dan memang lappy aku berdering dan aku tak tahu nak angkat macam mana sebab aku takde headfon yang ada mic tu so macam susah la kan..lepas tu aku balas la macam ni:


lepas tu ingatkan dia percaya sebab senyap je kan. tapi hari ni tetibe die mesej lg:





inshaALLAH kalau la aku ni banyak duit, jutawan dan memang banyak duitlah, aku rasa macam nak bayarkan je duit mamat ni. serius. sebab aku taknak dia hantar santau dekat aku atau dekat orang yang tipu dia tu. memang kesian kalau kena tipu weyh..pedih hati ni Allah jua yang tahu. aku harap dia tak guna syaitan untuk balas dendam, ini satu ujian untuk dia. mohon doa daripada Allah Tuhan segalanya, yang meliputi seluruh alam, dia Maha tahu dimana dan siapa yang tipu hang tu. doa orang yang teraniaya tiada hijab inshaALLAH.

aku saspek dia orang Pahang, aku baru gugel tadi Jenderak tu dekat mana. huhu. aku doakan semoga kau dapat balik duit tu. RM1500 sangat banyak wey untuk orang-orang sederhana macam kita. BRIM 2.0 Najib pun tak mampu cover balik kerugian mamat ni. pada si penipu aku harap kau sedar cepat, pulangkanlah duit dia balik. sekarang kau dah melibatkan aku juga. kesian aku tau. aku nak exam dah ni, tak pasal-pasal kena ugut santau bagai. kawen pun tak lagi ni. :'(

NAK TAHU LEBIH LANJUT APA ITU SANTAU. KLIK SINI. KEMAIN TERUS AKU GUGEL SEARCH PASAL SANTAU TAU. SERAM LA AKU KALAU TAK PASAL-PASAL KENA KAN. TAK GITEWW??

Jangan Jadi Selumbar Dalam Sutera

Lihat Sebelumnya:

Fad Love For Gaza,
Lust Love For Gaza

Assalamualaikum wbt,

jika ada yang sudah terlupa akan tanggungjawab hakiki, mari aku peringatkan maklumlah isu yang kononnya dianggap sudah outdated. sesungguhnya mengingatkan kamu juga adalah langsung mengingatkan diri aku juga. aku dan kau, bapak, ibu aku sama seperti bapak ibu kau dan juga adik beradik aku sama juga adik beradik kau serta kawan-kawan aku yakni kamu semua sama juga seperti kawan-kawan kamu yang termasuk aku juga tidak berdaya berjihad menentang musuh Allah di medan perang. mengangkat senjata saja kau dan aku tidak larat, apa lagi mahu berjuang di medan perang. mengendalikan jentera, helikopter juga jet pejuang kau tidak mampu apa lagi mahu pergi berperang. malulah pada diri kamu jika kau tidak malu pada Tuhan mu sekurang-kurangnya. melakukan yang sedikit cuma dalam memberi pertolongan masih berkira semacam memberi beras secupak ceritanya lebat macam beri sekampit. 


sesungguhnya kalian sedar akan apa yang berlaku didunia sebelah sana, dunia kiblat orang islam yang pertama, dunia persinggahan Muhammad SAW sebelum diangkat kelangit, dunia para anbiya, dunia peradaban islam termasyhur wahai rakan taulan kini dipijak, dihenyak, di bakar emosi dan maruahnya, dirogol kesuciannya, diseksa zahir dan batinnya. apa tindakan kamu dan aku?, membiar dan mempeduli tetapi akhirnya membiar? atau mempeduli tetapi cuma diberi kasihan? atau kasihan terus dipeduli dan diambil tindakan? tanya pada diri tanya pada hati juga nurani suci kamu yang paling dalam. aku tak minta kau pergi kesana, aku cuma mahu semua orang islam bersatu dan faham tanggungjawab hakiki. 


saudara kita memerlukan kita. skuad solidariti yang hadir menziarahi mereka ada berkata. Palestin bangga dengan Malaysia, Malaysia semangat Palestin untuk terus berjuang. menitis air mata tidak tertahan saat tanggapan mereka yang murni terhadap kita. ya kita sudah melakukan itu dan ini untuk mereka, menderma seringgit, memboikot acuh tak acuh cukupkah wahai kalian? tanya hati, tanya iman. mereka yang memuji kita tidak akan lagi berdarah atau mungkin yang berkata sedemikian akhirnya maut dihujung senapang anjing Netanyahu kelak, tanya kembali pada diri, layakkah kamu diberi pujian itu oleh mereka-mereka tadi? sekiranya kau dan aku mahu tergolong dalam insan-insan yang membantu dalam proses penjahanaman Israel, mulakan langkah anda dari sekarang. mulakan dengan langkah yang paling kecil tetapi konsisten. inshaALLAH sebesar zarah kebaikan ini menjadi pemberat dalam perhitungan kebaikan diakhirat nanti.

islam akan tertegak kembali dibumi ini, usah dipersoal siapa pahlawan yang bakal memimpin dunia islam, jangan dicari kelibat mereka tetapi persoal dan carilah siapa sebenar diri kita disisi islam. biarlah kita menjadi seperti seketul bata untuk menjadi pelengkap terbinanya sebuah istana.

Tammat


Selasa, Disember 25, 2012

Sinopsis Novel Bulan Ta' Bermadu Di-Fatehpur Sikri

Assalamualaikum wbt,

seperti dijanjikan didalam entri yang ini

Mansor dan Zawiah sepasang suami isteri yang baru bernikah, dalam perjalanan pulang ke tanah air, setelah pengajian mereka tamat di England, seperti sambil menyelam minum air, mereka singgah di India untuk berbulan madu. Mansor yang mempunyai jiwa sentimental yang amat tinggi sentiasa ingin mencatat memori dalam diari peribadinya dalam setiap perjalanan mereka sehingga Zawiah seakan bosan dengan sikap suaminya itu. di kota Fatehpur Sikri, terdapat pasangan yang daif yakni Rehman dan Neeta yang sangat terdesak memerlukan wang untuk mengubati penyakit anaknya Jairaj (time ni aku tengok balik dalam novel, sebab hampir-hampir tertulis Jaipur). 

Rehman hanya berharap akan kedatangan pelancong ke tempat mereka supaya dia dapat melakukan aksi lagak ngeri terjun dari menara istana lama tinggalan sejarah ke dalam kolam air yang agak kecil dan sangat membahayakan. isterinya tidak bersetuju dengan cadangan Rehman itu tetapi disebabkan terdesak ingin mendapatkan wang Rehman tetap ingin melakukannya supaya pelancong dapat memberinya wang.

nak dijadikan cerita Mansor dan Zawiah serta segerombolan pelancong dari luar negara datang ke Fatehpur Sikri untuk melawat tinggalan sejarah. setelah itu, Rehman akhirnya nekad ingin terjun tetapi isterinya Neeta turut naik ke atas menara istana lama tersebut untuk menghalang pegerakan suami kesayangannya itu kerana dia terlalu takut akan kejadian yang tidak diingini berlaku kerana sebelum ini sudah ada yang maut melakukan aksi tersebut. tanpa diduga-duga seorang gila yang bernama Mehmood telah panjat menara itu dan dia yang terjun dan akhirnya mati. dan begitu lah tamatnya cerita yang aku rasa agak tergantung. 

apa yang seronok bila baca novel ni adalah pengembaraan mereka itu diperjelaskan dengan jelas sehingga aku dapat merasa habuk-habuk menerpa masuk ke mata apabila ada scene mereka dalam perjalanan ke Fatehpur Sikri melalui jalan berdebu dan yang paling ohsem ofkoz kemesraan suami isteri yang baru berkahwin, Mansor dan Zawiah yang selalu bermanja-manja, meraba-raba, cium-cium dan sebagainya. itu tak payah baca pon dah boleh terbayang kan..haha.okay itu jelah nak cerita dengan novel yang aku terjumpa ni.

Penemuan Harta Karun Dalam Rumah

Assalamualaikum wbt,

aku tak tahu kenapa aku berasa takjub dan begitu teruja mahu berkongsi tentang penemuan karya maha sejarah tulisan sasterawan negara A. Samad Said. seolahnya macam aku seorang saja dekat dunia ni yang ada karya asal chetakan pertama pula. novel yang bertajuk Bulan Ta' Bermadu Di-Fatehpur Sikri ni aku temukan semasa mengemas kotak-kotak yang penuh dengan buku-buku. 

siapa tahu novel ini mungkin milik abah atau ibu dulu-dulu. entah aku tak mahu tanya mereka rasanya. sebab aku nak simpan jadikan ia hak milik aku selamanya. aku masih membaca novel ini. dan saat entri ini ditulis aku baru masuk chapter III. aku dah cuba google image novel ini tetapi semuanya kulit muka yang baru, dan mungkin juga itu adalah cetakan yang berikutnya, tetapi yang ada ditangan aku sekarang adalah chetakan pertama 1966. usia novel ini jauh beza dari umurku sendiri.

muka depan
halaman pertama (tajuk novel)
halaman pertama (penulis)
halaman pertama (publisher)
halaman kedua (printer)
halaman kedua (copyright, chetakan pertama 1966)
halaman tiga
halaman terakhir
harga pasaran
kulit belakang
[nanti jika aku sudah selesai pembacaan novel ini insha Allah akan aku rungkai jalan ceritanya. diawal pembacaan ini memang aku terasa horny sedikit. maklumlah cerita pasal bulan madu. imagination kuat sangat :p]

seriously feeling-feeling macam jumpa harta karun saja. bukan itu saja aku juga jumpa buku koleksi Puisi Baharu Melayu 1942 - 1960 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. juga diterbit pada 1966 tetapi ia adalah cetakan kedua. cetakan pertama pada 1961.


kepada korang semua kalau rasa-rasa kat rumah tu ada benda-benda yang tersimpan atas almari ke atas bumbung, dalam stor dalam kotak cubalah selongkar mana tahu jumpa benda-benda yang menarik dan jangan sesekali persia benda lama atau antik sebab sentimental value dia sangatlah tinggi. tak mahu just contact aku, aku mahu.

Ahad, Disember 23, 2012

Cigale Yang Jahat dan Besau

Assalamualaikum wbt,

alhamdulillah finally I'm here..here? where? haha..sebenarnya hari ni aku luangkan juga masa yang memang ada ni untuk ke Big Bad Wolf Books (BBWB) dekat Mines International Exhibition & Convention Centre, Seri Kembangan. jualan buku terbesar dekat dunia yang satu ni memang giler gempak habaq hang. masuk-masuk je dapat tengok ferari, lambogini..phewwh giler semat, dapat tengok je lah kan..bila melangkah masuk ke dalam ruang jualan, mak aihh, macam kena timbus dengan buku-buku sambil dipijak-pijak orang ramai giteww. besar giler weyhh..eksaited beno bila aku dapat tengok buku-buku ni semua



sebenarnya ini kali pertama aku join tengok-tengok dan beli-beli dekat BBWB ni. sebelum ni pun dah ada dorang buat. seriously buku-buku yang mahal-mahal giler pun dorang jual murah giler dekat sini, average harga buku RM8 la dorang jual. disebabkan terlalu banyak buku yang aku nak beli jugak lah aku tak jadi nak beli semua sebab yeszz memang murah tapi kalau dah taksub ambil banyak-banyak memang banyak jugak la kena keluar nanti ye dak. jadi aku beli buku-buku yang santai-santai je, buat bacaan diwaktu lapang. 


seriously sangat bagus bila adanya sale-sale cenggini, sebab sebelum ni orang terkadang tersekat kemahuan dia untuk membaca sebab buku-buku yang dorang minat terlalu mahal. yes memang la jangan berkira sangat dengan bahan-bahan ilmiah ni, tapi bila dah buat sale macam ni, kita dapat lihat sendiri la betapa rakyat Malaysia sekarang memang gemar membaca. sepuloh tahun lepas kajian mengatakan seorang rakyat  Malaysia hanya membaca 2 halaman setahun. ce buat research lagi sekarang, mungkin sekarang 2 halaman sehari in average. sesuatu yang memang membanggakan

eh btw, today is the last day of BBWB, so sesiapa yang tak pergi lagi mohon pergi sekarang, jangan lupa beli tshirt bigbadwolf yang cute itteww..

Sabtu, Disember 22, 2012

Tak Salah Meniru Dalam Exam Rupanya

Assalamualaikum wbt,

toyol, dia datang kepadaku berlari-lari..siapa yang dalam hidupnya pernah berlaku jujur pada diri? haha, bukan tanya siapa yang tak pernah kan. tapi siapa yang pernah..sinis sangat. dah nak dekat musim peperiksaan ni sesuai benar rasanya nak bercerita perihal toyyool. 

aku bukan apa lah, masa zaman sekolah dulu biasa jugak buat kerja setan ni, aku ingat masa sekolah rendah memang aku tak pernah buat benda ni. tapi naik sekolah menegah dah mula menjinak-jinakkan diri, siap ada gaya tersendiri lagi. biasalah bila duduk kelas-kelas atas ni cara pemikiran dia bombastik sikit tak macam bebudak kelas bawahan kan.giteeww kau mengata mereka. maksudnya macam ni. perangai setan yang kami buat ni memang sukar juga dikesan oleh guru..tanpa guna teknlogi dari Jepun pon boleh berkomunikasi satu kelas bila time exam. begitula betapa liciknya kami. takpayah lah aku bagitahu teknologi apa kami guna sebab sekarang korang semua dah ada smatpon kan.. lagi hebat.

tapi sejak naik belajar dekat universiti start from diploma until now, aku dah tinggalkan kerja setan aku sebab bagi aku dekat universiti kita dinilai sepanjang semester. keputusan yang bakal keluar selepas tamat peperiksaan akhir juga adalah keputusan yang dirangkum dari kuiz dan test sepanjang semester. esaimen tak payah kira lah sebab memang kebanyakannya esaimen adalah grup esaimen. jadi bila keputusan yang keluar tu adalah hasil daripada ketidakjujuran kau masa menjawab kuiz dan test, bawa toyol, bbm kawan, wassap wassip sana sini, bawa note kecil dan sebagainya dalam dewan pekse jadi kemana integriti siswa siswi kebanggan negara semua? hehe..



takpayah siyes sangatlah bro, kuiz je pon, bila tiba test, test je pon, masa final nanti aku pulun la habis-habisan, sumpah aku time final aku tak meniru punya. pergi tandas beberapa kali dalam masa tiga jam kertas soalan tu rasanya macam pelik juga..hehe..bukan menuduh tapi cuma terfikir. 3jam nak jawab empat hingga lima soalan berbentuk esei yang semua lecturer minta paling kurang 2 and a half page per esei kau boleh luangkan masa ditandas bersama setan-setan disana? pelik sangat pelik..hehe..tak tuduh, cakap jer..hehe.

tapi begitulah akhirnya, aku cuma memperingati. tapi diakhirnya kawan-kawan fikirlah sendiri, ingat nanti mohon kerja kau guna sijil dan result kau tau, nanti dapat gaji tau, nanti kalau kawen kau sara isteri dan anak-anak tau. lepas tu time tu cuba tanya balik..berkat ke gaji tu tau? halal ke ia tau.. hehehe tau..sekian wassalam tau..

dikesempatan ini:: selamat menjalani minggu mentelaah atau dalam englishnya study week kepada seluruh warga universiti yang berkenaan. selamat berjaya menempuhi peperiksaan akhir. say no to toyyol.

Jumaat, Disember 21, 2012

What is Life Baby?



pertanyaan yang melingkari kehidupan aku kala ini.
mendesak kepala otak untuk memahami
sesat dalam persoalan yang seakan tiada jawapan
menunggu hari-hari berjalan sehingga tak tahu bila
bila masanya akan berakhir semua

pelusuk sana telah aku teroka
pelusuk sini tertinggal entah tak sedar rasanya
belum sempat memahami persoalan
timbul lagi persoalan lain yang dulu ingat dah tiada
tapi silap rupanya ada lagi dan terus bertambah
menyesakkan kepala

merehatkan otak sementara bukan lari dari persoalan
cuma terasa tak perlu agaknya terlalu mempersoal
sedang perkara itu berlari mengejar aku
dan aku hanya berjalan
tak ke bila dia berlari dan aku berjalan
dia akan terlajak tinggalkan aku
dan..bubye..berlalulah kau wahai persoalan
tinggallah aku berhambuslah kau pada masa itu


"Berfikir adalah amalan wajib bagi orang yang beriman. 

Orang yang beriman ialah orang mengenali Allah. 
Seorang hamba Allah itu tidak dapat mengenali Allah melainkan dengan berfikir"



don't be like this kid
face your life like you are the combination of the superheroes

Rabu, Disember 19, 2012

Nasi Lemak Lima Posen

Assalamualaikum wbt,

selamat pagi. selalu korang sarapan apa? ke tak ambil sarapan? malas la pulak aku nak membebel pepagi ni bagitahu kebaikan-kebaikan bersarapan.

hai kawan-kawan, jangan puji saya sebab saya bangun awal hari ini sebab sebenarnya saya baru nak tido sekarang, sepanjang malam menyiapkan video bahasa ketiga, hari ni nak submit. 

lepas subuh tadi dah baring tapi mata tak boleh lelap, dapat pula mesej dari kakak sayang bagitahu jemput makan nasi lemak pandan.kfain.dah la aku mengidam nasi lemak, tetau je kakak sayang ni kan. tetibe tingat pula nasi lemak 50sen kat bawah apartment ni. hui hui hui..sedapnya..tapi sebab nak tido kan so malas nak turun.

pastu bila ngadu kat kakak yang aku ngidam nasi lemak, dia bagitahu ibu, dan ibu suruh aku balik kalau nak makan nasi lemak special dari ibu. melonjak girang aku atas katil.okay tipu. padahal tadi dah nak turun bawah cari nasi lemak 50sen tapi disebabkan ibu nak buat nasi lemak special nanti so baik aku tahan rasa kempunan ni. biar bertambah-tambah rasa mengidam aku pada nasi lemak.

dan tetibe hati aku sebak. sebak dengan pengorbanan ibu. entah. okay..tekak pon dah ketat ni...

:')

aku tak tahu kalau nanti ibu pergi, sapa nak buat nasi lemak special untuk aku lagi.
kakak ke? sedap ke dia masak nasi lemak pandan tu?
entah. aku sayang ibu sangat.



Isnin, Disember 17, 2012

Melukis Masa Depan


Assalamualaikum wbt,

Ramai anak kecil yang punya impian. Ingat tak lagi masa kita kecil, macam-macam impian yang kita ingin gapai apabila sudah dewasa. Nak jadi apa masa besar? Nak jadi polis, nak jadi apa masa besar? Nak jadi bomba. nak jadi apa masa besar? Nak jadi doctor, kapal tebang, superman, oltromen. 

Sudah menjadi lumrah manusia untuk menjadi yang terbaik paling kurang terbaik untuk diri sendiri. Cukup makan, pakai, hidup selesa apa adanya ok lah kan? 

Bukan menidakkan lumrah manusia untk menjadi kaya raya..bagus jika ada yang bermimpi sebegitu. Tetapi cukupkah sekadar kaya wang ringgit? Cukup? Kalau cukup masakan yang sudah jutawan mahu jadi double jutawan, triple jutawan, billionaire and whatsoever.. lumrah manusia lagi tidak pernah rasa cukup.. 


Aku..banyak..terlalu banyak yang ingin aku gapai, terlalu banyak yang ingin aku rasa, terlalu banyak yang ingin aku ubah. Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian..

mungkin sebelum tamat sesi pembelajaran aku untuk fasa yang ini, aku harus mula melukis masa depan sekarang. Melukis apa yang aku mahu, dengan siapa aku ingin gapai cita-cita itu. Dalam perjalanan menuju impian yang hanya sekadar mimpi itu juga ingin aku lukis mereka-mereka yang sudi membantu aku menyelusuri jalan-jalan ini. 


Memang benar takdir menentukan segalanya, tetapi bukankah kita boleh merancang..merancang itu adalah dengan melukis masa depan..melukis itu haruslah bermula dari sekarang. kbai

Jumaat, Disember 14, 2012

Boikot: Produk Yang Boleh Jadi Pengganti #1

Assalamualaikum wbt,

inshaALLAH selepas ini akan cuba terus untuk tidak pandang langsung kepada produk yang telah terbukti  menyokong perjuangan Yahudi Zionis Israel. aku harap rakan2 semua pon boleh cari alternatif lain okay. sumpah tak mati pon kalau tinggalkan produk dorang..aku dah cuba..aku janji korang takkan mati sebab tak makan, minum atau pakai produk Zionis itu. mati sebab lain memang ada kemungkinan, tapi mati sebab tak dapat jumpa neskepe memang kepercayaan tahyol lagi khurafat..hehe


sebelum ni aku minum ini setiap malam


SEKARANG AKU DAH DAPAT PENGGANTI YANG LEBIH ISTIMEWA. DAN RASA SALING TAK TUMPAH. SAMA JER RASA. LAGI SEDAP KOT. EH! tak..sama je rasa sebenarnya



indocafe ni memang dah lama jugak ada dipasaran Malaysia. ye sememangnya ada diantara kita yang membenci Indonesia, tetapi benci-benci kita pon macam benci adek beradik, daripada kau benci produk indon dan kau cari produk Zionis, kesudahannya apa? memang tak kesudahan la Palestin berdarah. LUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS SEDIKIT DEMI SEDIKIT TAPI KONSISTEN

produk pengganti yang aku rekemen hanyalah pendapat peribadi saja, terserah pada kamu nak pilih yang mana, tapi saranan aku untuk kalian boikot Nescafe adalah bukan rekemendesyen yer..itu adalah arahan. rekemen dan arahan adalah dua pernyataan yang berbeza, rekemen bermaksud kau punya pilihan lain tapi arahan kau tak boleh ada pilihan. harap maklum


Rabu, Disember 12, 2012

12:12 on 12.12.12

Assalamualaikum wbt,

walaupun baru malam tadi aku update satu entri, dan dah berjanji pada diri tak nak update entri sehari sekali berturut2, peduli hape aku..nampak tak tajuk entri, kau orang mampu nak update belog tepat pada jam 12:12 pada tarikh 12.12.12. tak mampu kan? so jangan jeles..haha bongok takdak motif.

cak!! today is the last repetitive date we will ever see in our life













are you sure budak kpop pasan comel?
























okay aku sebenarnya nak saksikan kalau-kalau hari ni Allah takdirkan satu tragedi lagi pada tarikh istimewa. pada sesiapa yang ingat entri akau pada tahun lepas. harapan la nak ingatkan. em, aku tahu korang tak tahu pon aku ada update entri yang satu ni. SEMAK SINI

kbai itu je motif nak cakap sebenarnya. kalendar Maya akan tamat sembilan hari lagi..kiamat katanya. korang percaya? mohon bertaubat sekarang!! bubye

btw, pada tarikh cantik hari ni pon lecturer kesayangan cuba taknak lepaskan..saya ada satu test hari ni..doakan..


Selasa, Disember 11, 2012

Neraca Hidup: Wanita Tua Itu

[8/12/2012, sekitar jam 10malam]

sedang gigih memahami sebuah pelajaran bersama teman
di sebuah tempat makan yang ramai orang berkerumun
hadir seorang wanita tua yang wajahnya berkerut 
duduk seorang menunggu entah siapa

leka dengan pelajaran, menoleh kembali pada dia
terlena sudah diatas meja
siapa keluarganya? mana dia tinggal?
bersama teman tertanya-tanya

cuba la tanya, makcik tunggu siapa?
duduk dekat mana semua, aku menyuruh teman
ala aku segan la, bilang si teman
apa nak segannya?
yela nanti orang ingat tu mak aku, aku abaikan mak aku dari tadi pulak dorang ingat.
ish kau ni, manada orang fikir macam tu

tidak betah melihat wanita tua itu tertidur sendiri dalam keadaan yang tak selesa
teman beranikan diri melangkah kaki kearah kedai berhampiran
kakak kakak, kakak kenal tak makcik kat luar tu?
dia dah tertidur, kasihan dia
kakak itu menjawab sambil membuat muka yang macam nak minta penampa sedas dua
kenapa? ada masalah? sesudah itu kakak itu melihat seorang lagi wanita yang mungkin anaknya
sambil tersenyum sinis umpama puas memperlakukan sebegitu kepada wanita tua itu

tak salah rasanya kalau tumpangkan wanita tua itu sebentar didalam kedai yang berhawa dingin itu.
bukan wanita tu nak buat apa pon, cuma bagi dia tunggu kalian dalam keadaan selesa
sampai hati ke kamu melihat dia sebegitu? bisik kalbuku.

tidak lama telefon wanita tua itu berdering, isyarat supaya wanita itu datang kekedai
owh tahu kasihan rupanya. tapi belum sempat wanita tua itu masuk dia sudah beredar tidak tahu mengapa.
aku mengagak lagi, mesti dia dimarahi oleh kakak itu tadi sehingga dia merajuk.

teman yang telah menjalankan tanggungjwab pula merasa bersalah kerana dia lah makcik itu dimarahi tak semena-mena
tidak mengapa wahai teman, Allah tahu niat kita.

kepada diri sendiri aku berpesan, tolonglah diri aku Ya Allah supaya aku tidak mempersiakan ibu ku jika aku sudah berjaya kelak, tolonglah Kau peringatkan aku pabila aku cuba menderhakai Ibu, Kau ingatkan aku akan entri yang aku tulis hari ini. aku tidak mahu dihukum hanya kerana pandai berkata tapi tidak pandai melaksana..

Ahad, Disember 09, 2012

Semester yang..emmm, entahlahhhhh

Assalamualaikum wbt,

aku tak tahulah mana silapnya, diri sendiri silap, atau keadaan sekeliling yang silap, lagi parah kalau aku cuba menuduh lecturer yang buat banyak silap.ok tak patut langsung sebagai pelajar berwawasan meletakkan kesalahan atas hidung orang lain. dah besar kan, so tanggungjawab pon mesti la atas diri sendiri

bukan apa, aku dapat rasakan makin semester, makin merapu performance aku, makin merudum, makin entah apa-apa, dan makin tak tahu nak cakap macam mana, kuliah akan berakhir lagi dua minggu, dan ada je subjek yang dah habis silibus pon, study week will come afterwards and of course the final exam will be follow, dengar-dengar first paper aku 6 Januari dan lagi sekali buat kesekian kalinya, dan buat 3 semester berturut-turut aku jadi penutup pagar jugak untuk semester kali ni. tahu tak rasa macam sangat damn s**t, bila nanti aku akan nampak orang bawak bagasi keluar bilik menandakan dia akan balik rumah dan bercuti dulu. annoying sangat. 

pada semua yang dapat habis awal jangan nak bermegah sangat korang dapat balik cuti dulu, huh!!sebab ada juga yang mendada dan lambai-lambai tangan ala-ala diva nusantara bila tarik bagasi keluar dari rumah tu. tahpape ileks sudeyh..

sebenarnya takda apa nak cakap, cuma nak bagitahu awal-awal, aku rasa final macam lambat lagi walaupun tolak tido, makan, berak, mandi. exam hanya tinggal 3 minit setengah!! kbai.


Rabu, Disember 05, 2012

Ucapan Kebahagiaan Buat Mu

selamat ulangtahun keduapulohdua sayang
kau yang ku kenali dulu manis,
sehingga tertambat rasa dijiwa
bila dilihat wajah mu ketika waktu dulu
suka, chinese-look katanya,
bolehlah sebab ada darah sarawak

tujuh tahun mengenali mu
sama, masih suka bercerita
walaupun dah lama tak jumpa
tapi bila dibandingkan wajah mu yang dulu
dan sekarang yang baru
berbeza, memang berbeza
(dah macam tagline SengHeng saja)

terima kasih wanita
semoga berbahagia dengan masa-masa mu
aku tetap sahabatmu
dan tak mungkin jadi lebih dari itu
(kalau nak lebih pon apa salahnya)
ada masa kita main kayak lagi di tasik yang dulu
jangan lupa plan kita untuk berbasikal juga.kbai


Isnin, Disember 03, 2012

Gamble Your Fears

Assalamualaikum wbt, 

Do you ever watch Fear Factor? What is coming into your mind when you must drink the monkey-brain-with-belacan-cencalok-and-budu ice blended, and at the same time you must cross over the KLCC building on the top of the sky bridge from the tower one to tower two without any safety equipment plus with the crazy wind up there and after that you feel dizzy and you cannot control your body move, then you don’t realize you already jump from the sky bridge and what else? Dead!! Ha-ha... I’m just exaggerated. No No No that is not will be like that, but it is must be MORE than that. Are you dreaded? Okay then, don’t try this at home. 

Okay for who doesn't know, this December Astro will come out with the Fear Factor Malaysia who is fully recorded in Africa. Why Africa? Owh maybe all the celebrity will have a challenge to have a cup of tea with the cutest lion and fatty hippo or Jehan Miskin's macho looked will be tested on this reality TV show. emm, just watch it, and for Didie Alias, I guess your group will be the winner because you are the so-called Lady Gaga Malaysia..(tetiber)



But now I will take the challenge, this is because the Fear Factor House Roadshow just around the corner and Nuffnangers which is including me are all invited to join the challenge. So what? Belum cuba belum tahu khennnzzz. CLICK HERE FOR MORE INFO 

Okay what is my biggest fear in my life? Emm, almost nothing!! I’m just fear with the girls that staring at me, or people who looking at me for any reason. That’s it!! So now, Fear Factor team production please gives this challenge. Just ask all the people to look at me for a particular period and ask me to seduce the hot chicks because that is my biggest fear. Yes I want to stress it, this is the only fear that I have in my life. Believe it or not, just believe! :)

Okay by the way, for the last I will include this tagline in this entry because Nuffnang ask for it. HEHE. 


“Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!”

Sabtu, Disember 01, 2012

Sudah Lari

Makin terkebelakang
mana dia semangat dulu? 
Mana dia janji-janji dahulu.
Kalau bukan kerana mimpi takkan kau berada disini. 
Goyah cepat, belum tamat dah rasa tak mampu nak buat? 

Hey kau yang jiwanya ditubuhku, 
kau sudah melangkah kehadapan 
tapi mungkin kau alpa dengan masa lampau.
masa lampau kau yang kau bisikkan tentang semangat itu, 
kau tinggal dan terus tinggal dan terus tinggal 
dan kau lupa terus? 
Tolol lah dikau kalau hanya mampu menongkah arus tanpa senjata yang ampuh, 
mengekor orang lain dari belakang apa kau ingat kau mampu kedepan? 

Pelik aku lihat dirimu sekarang, 
yang tak bisa diurus, 
tak mampu mengurus 
apalagi hidupmu terurus. 
Ingatlah misi kau apa..
ingatlah janji mu apa? 
Ingatlah Tuhan mu siapa? 
Ingatlah agamamu apa.
jangan sewenang kau meludah kelangit 
dan fikir kau takkan terpijak tahi dibumi. 

Hidup itu liku, 
cuba ambil jalan yang lurus 
jika yang liku tak mampu untuk kau redah.
setiap satu permasalahan ada jalan penyelesaian bukan? 
Hidup terlalu amat banyak pilihan
Pilihan mana yang menjadi racun itu adalah pilihan kau, 
pilihan mana yang menjadi penawar juga adalah hak milik pilihan kau. 
Jika tidak berdoalah kerana doa adalah senjata ampuh seorang mukmin.

Khamis, November 29, 2012

Lust Love For Gaza


Lihat Sebelumnya: Fad Love For Gaza

"Wahai wanita dan anak gadis Gaza yang cantik manis, sesungguhnya akan ku hantar tentera-tentera syaitanku untuk merogol dan memperkosa kesucianmu. Semua selaput daramu akan tentera-tentera baghal ku robek satu persatu, kau boleh buat apa wahai wanita cantik manis. Kau boleh baling batu saja kearah kami, satu batu kau baling tahulah akibatnya. Kah kah kah kau menangis, kau memukul, kau menolak kami daripada merogol kau demi agamamu dan demi keyakinan kau tehadap Tuhan mu bahawa syahidlah kau jika menentang kami habis-habisan..kah kah kah..aku peduli apa tentang tangisan kau, hati-hati kami dan diasuh menjadi hati yang lebih busuk daripada syaitan,buatlah apa saja akan ku pijak-pijak maruah kau yang suci itu, lepas puas merogol kau, akan ku kerat kepala kau, akan ku potong daging-daging kau menjadi cebisan-cebisan. Kah kah kah puas kami puas. 



Tapi aku lihat di Malaysia, tentera-tentera aku tiada satu pun yang aku hantar untuk merogol dan memperkosa anak gadis disana..tapi pelik sangat kenapa ramai anak gadis sunti disana dah tiada dara sebelum mereka bernikah. Pelik lah aku..pelik sangat..kah kah kah..hebat juga tentera-tentera yang aku hantar melalui bisikan nafsu ini. Owh hampir terlupa aku telah mendidik nafsu mereka supaya meluap-luap untuk mencuba sesuatu yang seronok, belakangkan agama..seronok dulu, Tuhan belakang kira!! Kah kah kah hebat, hebat, hebat muda-mudi Malaysia..hebat hebat"


Islam hanya pada IC la katakan 


Bersambung..

Selasa, November 27, 2012

Kuala Lumpur, Kota Menghabiskan Duit Keempat Terbaik Dunia

Assalamualaikum wbt,

tak terkejut pon, tapi tak tipu juga ada sedikit rasa bangga bila Kuala Lumpur sekarang setaraf dengan kota metropolitan dunia yang lain, yang memnag terkenal seantero dunia, ibu kota fesyen pon kalah dengan kita..haha kita menang. Kuala Lumpur berada di tempat keempat, berbanding Paris ditempat kelima. Pertama, kedua, dan ketiga adalah, New York, Tokyo dan London. tapi ranking ni dikeluarkan oleh CNN, so nak kata best, best jugak tapi takdalah rasa macam woowww sangat kan..CNN je pun.

berikut adalah bagaimana caranya Kuala Lumpur menjadi salah satu dari The world's 10 best shopping cities

dorang nilai dari empat kategori dibawah dan skor diberi dari 1 hingga 10. entah siapa yang nilai..katanya dari pakar, tapi kalau nak betul-betul nilai, dari public lagi baik rasanya. just my opinion..

1. Getting around: Quality of public transportation, affordability and availability of cabs.

2. Value: Bargain opportunities, such as sale seasons and average prices.

3. Variety: Number of available brands, range of shopping categories, quantity of upscale shops, department stores, boutique and vintage retailers and market stalls.

4. Experience: City beauty, quality of window displays and shop d├ęcor, friendliness and competence of clerks and service staff, dining and accommodation options.


Kuala Lumpur

4. KL, 1 Utama
1 Utama Rainforest Park

Getting around:
 6 | Value: 10 | Variety: 8 | Experience: 6 | Total: 30

tahniahlah kepada Malaysia, bukan senang nak bangunkan sebuah negara yang harmoni, orang ramai suka datang, bershopping, berhibur, segalanya ada di Malaysia. dekat Melaka pun tak lama lagi bakal ada Malaysia Eye, ala ala London Eye leteww nak buat. takpalah tak sabar jugak nak tunggu siap sebab masa ada Eye on Malaysia dulu pun tak sempat nak naik lagi, apa lagi nak tunggu rakan-rakan ajak naik Singapore Flyers memang tak tahu la lagi bila kan..

Sabtu, November 24, 2012

Fad Love For Gaza

[Usai gencatan senjata] – ucapan perdana menteri Israel Laknatullah, Benjamin Setanyahoo 

“esok lusa bila dunia dah ‘lupa’, bom balik, apa susah kita ada kekuatan. Tentera kita hebat bagai syaitan, bom nuclear semua dalam tangan, apalagi Obama yang bodoh itu dah jadi keldai tunggangan..senang la hidup kita..apa kita buat tak salah punya, kita bagi je alasan nak pertahankan diri, tahu alasan kita takkan masuk akal, tapi apa mereka boleh buat, mereka tu hanya buih-buih dilautan, banyak tapi langsung tak menakutkan,sekali selak pakai tangan pecah semua, sedangkan hembus pakai mulut pon boleh hancur..kah kah kah kah 

kelakar jugak tengok rakyat di Malaysia, diorang boikot mekdi tak sampai berapa minggu beb, aku Nampak jugak sale kat mekdi kembali naik sekarang..seminggu dorang boikot..apala sangat berbanding setahun diorang melantak, lepak, juga ‘setadi’ kat mekdi-mekdi seluruh Malaysia. Kah kah kah, boikot-boikot jugak, tapi aritu aku try suh mekdi Malaysia bagi je makanan free sebab orang boikot kan..daripada buang baik aku bagi orang makan, dapat jugak aku pahala,,yang kelakar si pemboikot-pemboikot ni tak tahu malu pulak beratur macam kebuluran..maruah maruah..rendah dan busuk daripada tahi!!


Kesian orang Malaysia yang bodoh..maruah dihenyak-henyak pon buat muka seposen dan macam keldai dungu pendek ekor. Tapi tak heran jugak, kat Malaysia isu Palestin isu agama jer..jadi apalah sangat 60percent orang Islam yang hanya ada pada IC ni berbanding ada lagi orang-orang lain cina india yang tak kesah pon isu ni..orang-orang ni la yang jadi target customer kita bila orang islam hanya ada pada IC ni boikot kita. Tak giteww si bod%#!!” 

Islam hanya pada IC la katakan 


Bersambung…

Sabtu, November 17, 2012

Tak Nak Tunjuk

Sekiranya aku buat ini, nampak macam aku terlalu ambil berat
Jika aku tak buat pula, si dia tidak tahu aku sayang padanya
Kalau macam tu, berdoa saja pada yang Esa
Semoga suatu hari aku dapat melakukan itu dan ini untuk si dia tanpa rasa berdosa

dengar tazkirah dari ustaz tentang nikah khitbah
terdorong rasanya, tetapi tidak mengapalah
*blushing*


sumber: google image

Rabu, November 14, 2012

Jom Hijrah

Assalamualaikum wbt,

"Hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuangan, hijrah itu persaudaraan, hijrah membentuk perpaduan"

kepada seluruh umat Islam..SALAM MAAL HIJRAH 1434..banyak benda, banyak perkara dan banyak hal yang kita perlu ubah. yang pasti dan seharusnyalah dari benda-benda negatif kepada positif..InshaAllah...

yang dah berlalu, biarkan berlalu..masalah yang tahun lepas tak selesai-selesai lagi usaha untuk kita selesaikan dalam tahun ini...sejujurnya hamba berpesan pada diri sendiri juga..


dikesempatan ini: nak suruh perasan kepada yang tak perasan, blog ini telah kembali ke jalan yang lurus, putih berseri dan inilah antara penghijrahan yang perlu dilakukan..hehe...gurau saja...

Ahad, Oktober 28, 2012

Ahad, Oktober 21, 2012

Ahad

ahad
kenapa indah dirasa
adakah kerana terbawa-bawa memori dulu
masa kecil, ahad adalah hari bersama keluarga
pagi-pagi abah keluar cari paper
 dan sarapan disiapka ibu tercinta
bangun lewat hanya melahap hidangan yang tersedia depan mata

helaian akhbar diselak satu demi satu
sambil ditemani hembusan bayu,
pohon menari, burung menyanyi
indah sungguh

hari ini aku telah dewasa
ahad masih lagi sama
indah dahulu masih terasa
tetapi realitinya tidak seperti dahulu kala
mungkin kerana 'orangnya' dah tak sama



dikesempatan ini:: selamat bercuti pertengahan semester kepada pelajar UiTM, dan mungkin universiti lain

Ahad, Oktober 14, 2012

Macam Mana Nak Tulis Blog Nih!!

Assalamualaikum wbt,

pelik tak? pelik sangat kan..aku percaya ada diantara mereka yang pasti akan tertanya-tanya kemana hilangnya eszyamin..blogger hot seantero nusantara..dah lah! kemunculan kembali aku ni bukan nak jadi seperti dulu..taknaklah tulis benda-benda yang tak berfaedah,puji diri, angkat bakol sume..malasszz

tapi macam mana nak tulis blog nih..sumpah aku takdelah noob sangat..okay nak mention sikit, ini adalah entri first aku menulis menggunakan format blog yang baru...jap nak perinsekerin jap..

blog yang dah jadi orenputeh..sememangya aku sangat selesa dengan orenbiru


maklumlah dah lama tak hupdate..tengok-tengok dah jadi format baru..terkial-kial juga nak mencari-cari butang yang berkenaan..okay sila tepok tangan sebab aku adalah blogger terlewat yang menggunakan format baru ini berbanding dengan blogger yang sedang membaca entri ni kan..

okay ini adalah entri mukadimah aku..esok, lusa, tulat kalau ada masa aku update lagi..nak juga bagitahu kenapa aku merajok taknak hupdate belogg sumer2..sila tunggu dengan cemas yer berita yang aku nak sampaikan esok ni..kesian..wassalam 

dikesempatan ini:: Tahniah buat sahabat dan blogger, juga sahabat blogger, bff dan sebagainya..Donut Pisang, Encik Fikhri yang dah secara rasminya menge'hold' title graduan UTM..selamat berjaya tempuhi dunia pekerjaan pula Fikh..Aku lagi dua tahun..lemas..



Isnin, September 03, 2012

Paranoia Stage 2

Assalamualaikum wbt,

Paranoid is a thought process thought to be heavily influenced by anxiety or fear, often to the point of irrationality and delusion. Paranoid thinking typically includes persecutory beliefs concerning a perceived threat towards oneself. Historically, this characterization was used to describe any delusional state." (Wikipedia)

disimpulkan mudah..saya mengidap penyakit psikologi yang dipanggil Paranoid..ya im paranoia!! this is the example of person who have a symptom of paranoid:

tanpa asas yang mencukupi, pesakit merasakan dirinya dieksploitasi,dirosakkan dan ditipu oleh orang sekeliling

meragui tentang kesetiaan dan kepercayaan rakan-rakan

keberatan untuk menceritakan pada orang lain kerana takut maklumat itu akan digunakan dengan niat jahat terhadap dirinya

Berterusan menanggung dendam dan sukar memaafkan

Menganggap serangan ke atas watak beliau atau reputasi yang tidak jelas kepada orang lain dan cepat untuk bertindak balas dengan marah 

Mempunyai syak wasangka yang berulang-ulang, tanpa justifikasi, mengenai kesetiaan pasangan atau pasangan seksual


i'm just google it and if you guys had found your friends being such a ridiculous, too protective, and all of the above symtomps..just advice him to see the psychiatrist and therapist..if not he just make you in trouble. believe me because im the Paranoia


Ceriterama Raya 2: Jejak Kasih

Masyarakat : Geng Masa Diploma
Lokasi: Kelanang, Bukit Jelutong, Damansara Damai, Serendah