Isnin, Januari 30, 2012

Baik Disebalik Keji

Assalamualaikum wbt,

lama aku tidak berceloteh panjang mengenai perspektif aku sebagai manusia tentang keadaan sekeliling mahupun keadaan diri aku sendiri dalam konteks yang begitu ilmiah sekali. almaklum sedar tak sedar, banyak pulak benda merapu yang aku update dalam blog ini, hiburan la..lagha lagha...

aku mahu kau orang anggap aku keji apabila membaca entri ni sebab sememangnya aku manusia keji. aku keji tapi selalu bertopengkan baik, aku sedar aku baik tapi aku keji. ataupun aku sedar aku keji tapi orang nampak aku baik.

sebagai manusia yang sering menurut nafsu dalam menjalani kehidupan, tidak banyak amal ibadah aku yang aku rasa sampai ke pengetahuan Allah SWT. Ya..Allah itu maha tahu tapi dalam bicara yang aku maksudkan ini adalah aku sangat rasa ibadah aku hanya dipandang sepi oleh Allah..aku mencuri dalam solat, apatah lagi sering meninggalkan solat yang dalam pemikiran aku juga disertai bisikan syaitan mengatakan..tidak mengapa, dah tertido atau dah terbangun lewat nak buat macam mana (selalunya waktu subuh)

dan juga dengan segala excuse yang cuba aku reka sendiri semacam aku mempermainkan tuhan aku sendiri..ya semua tahu, Allah itu maha pengampun..tu sebab aku rasa aku akan dapat pengampunan dari Allah dan selalu bertangguh dalam mencari keampunan..kerana apa..kerana aku tak fikir aku boleh mati sekarang atau kejap lagi atau esok hari..kerana aku angkuh dengan tuhan aku, tuhan kamu dan tuhan mereka seluruh semesta alam.

doa aku dapat bertaubat sebelum ajalku

itu baru berbicara tentang solat, belum lagi segala perbuatan jahat, segala pancaindera yang bergelumang maksiat, yang seakan menjadi tabiat dan terkadang terlupa akan perkara-perkara sam'iyat yang menjadi teras keimanan untuk menjadi hamba Allah yang taat.

aku alpa, lupa, lali dengan keindahan maksiat dunia, segala maksiat aku buat seperti aku berada di syurga kerana aku lupa aku masih didunia yang mana Allah, Malaikat sering memerhati tindak tanduk keji aku dan yang paling best aku selalu dipandang baik oleh masyarakat, aku hipokrit.. pernah terdetik disanubari aku memang lebih keji dari segala pelacur, GRO, anak hekan, mak hayam dan gigolo diluar sana sebab ada diantara mereka sememangnya nampak jelas kejahatannya sedang aku yang berpura baik tetapi sebenarnya setaraf dengan mereka-mereka yang dipandang keji oleh masyarakat. aku malu..

lagi sekali jangan ada yang terpedaya dengan entri aku yang nampak aku dah bertaubat dan..oowhhh baiknya dia ni..tulis2 entri agama seperti ini kerana hanya Allah yang dapat menilai aku dengan sesunguh-sungguhnya..wallahualam..

9 ulasan:

  1. Dush! Setempek kena kat muka aku.. betoi jugakla bro.. kadang2 aku cuba ajak orang buat kebaikan tp aku sendiri pun masih lg alpa.. HUHU

    BalasPadam
  2. semoga kita semua dilindungi Allah. insyaAllah

    BalasPadam
  3. Camna ekh? xtau nak cakap macam mana.. sebab semuanya kena kat diri aku jugak... kenapa cam rasa down plak rasa hati aku biler bacer entry kau nie.. (T_T)

    BalasPadam
  4. setiap org mmg xlepas drpd melakukan kesilapan kan..tiada manusia yg sempurna..kdg2 lepas bertaubat bleh trgelincir balik..kte hanya mampu bertaubat bila2 masa shja..Allah maha pengampun..=)

    BalasPadam
  5. setiap manusia ada baik dan ada buruknya, jika sudah tahu yang diri kita ni sudah jauh dengan Allah, maka dekat kan la diri dengan Nya, belum terlambat lagi, jangan menunggu masa, kerana masa x pernah menunggu kita, so sama2 la kita ubah balik cara kehidupan kita, semoga kita berada di jalan yang benar, x rugi lau kita berubah demi kebaikan

    BalasPadam
  6. hah aku dah agak dah..wahaha..

    takde la,bagus la kalau ko rase ko tak bagus.at least ko ada usaha tulis bnde2 camni.hidayah kn perlu dicari gak,so kekdahnye maybe hidayah datang lepas ko tulis ni.mane tau kn.

    so lepas ni boleh la aku troll ko pulak.wahaha..gurau je ye bro..

    BalasPadam
  7. pangggggg!
    sama la kita keji sangat di sisi Allah

    BalasPadam
  8. @zwan..aku pon tak tau nak ckp apa..tp xpelah mengajak kepada kebaikan itu kn dituntut cuma apa yg menjadi pergelutan adalah dgn nafsu kita sndiri sama ada nk terus pndai bermain kata atau implement sendiri perkara baik itu dlm kehidupan..

    @hafiz...inshaALLAH

    @Johan... minta maaf laweyh aku x berniat, jgn down2..hehe..gud luck for ur internship

    @Nusy...setuju sbb iman kita tidak tetap, sentiasa bertambah dn berkurang,,cuma apa yg perlu adalah sntiasa mncari jalan bgaimana nk maintain atau tambah iman itu.

    @peah..aku tau..kih3x

    @khairiz...ya betul tu, cuma tulah alpa selalu menguasai dir, tak pernah fikir mati, tu sbb cm malas nk berubah..astaghfirullahalazim

    @fikhri...mudah-mudahan ye bro..ko doakan aku

    @emy...boleh di buat geng..gang manusia keji..just kidding..jom sesama kita brubah!!

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya