Ahad, April 08, 2012

Semua Ketenangan Dahulu

Assalamualaikum wbt,

sudah lama aku rasakan aku tidak beremosi dalam menghasilkan sesebuah entri, jika difikirkan kembali banyak ketenangan dahulu yang kita rasakan seakan direntap duri ketamakan. bukan mahu membangkitkan kisah silam yang memang sudah lama terkubur dan bersemadi bersama memori indah tetapi ingin merungkai apakah titik pengakhiran dari sebuah persengketaan. apakah keuntungan atau rugi yang kau rasa? jika beruntungnya perasaan kau tika ini, sesungguhnya aku tak tahu apakah hukuman yang setimpal untuk kau terima, tapi jika kau menyedari segala perilaku kau membawa kerugian besar dalam nilai sebuah persaudaraan, bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan, masih belum terlambat untuk bermaafan dan memulakan kehidupan baru selagi kesihatan dan nyawa kau tidak direntap oleh yang Maha Memiliki Alam ini.

kisah yang aku tulis ini mungkin saja berlaku kepada semua orang, dimana bila nafsu serakah meraja di hati dan minda, kisah keperitan orang lain tidak akan diambil peduli, apa aku kesah, janji aku dapat apa yang aku nak. hina bukan jika dalam kehidupan yang kita huni bersama sebilangan manusia lain tetapi dalam firasat dan kepala minda hanyalah untuk keuntungan dan kebahagiaan diri sendiri. bukankah Allah sudah berjanji tidak akan dikurangkan sedikit pun rezeki hambaNya jika berkongsi nikmat hidup ini bersama, malah akan ditambah-tambah lagi nikmat didunia ini sehinggakan dari mana datangnya rezeki dan nikmat itu pun kita tidak terjangkau datangnya dari celah mana.

dalam doa aku sering meminta agar kau dan kau dan juga aku kepada kau supaya jalinan ukhuwah ini kembali bertaut, hidup ini singkat, aku dan kau tidak hidup untuk seribu tahun, aku dan kau juga belum tentu berjumpa di syurga. jadi aku harap jalinkanlah kembali nilai sebuah persaudaraan yang sudah bertahun-tahun hilang selagi kita masih bernyawa. jika kau dan kau dan kau baca nukilan ini,sedikit sebanyak aku nak kau mengerti bahawa setiap dari kau aku fikirkan tanpa rasa benci, aku sayang pertalian ini, aku rindu hilai tawa kau dan kau dan kau..aku rindu akan suasana terik tetapi dingin seperti dahulu. duduk ditangga memerhati ayam mematuk-matuk tanah sambil angin sepoi-sepoi bahasa menyentuhi pipi dan menyirna setiap helaian rambut. aku dan juga yang lain berlari berdentuman seronok berkejaran bersama mereka, bermain, bermain dan terus bermain.

ye sekarang kami dewasa, dan kau juga dewasa. jadi bertindaklah seperti orang dewasa. bertindak seperti orang dewasa adalah bererti matang dalam segala tindak tanduk, tidak guna jika menjadi dewasa tetapi akal fikiran masih mentah sementah nasi yang terasa berasnya. aku berharap dengan kuasa Allah, kasih kita semua kembali bertaut dan yang musnah akan dibina dengan cerucuk yang lebih berketahanan. ini adalah hanya suatu permintaan dari aku yang juga saudaramu.

jika duduk termenung sambil angin memuntahkan jasadnya, aku sering terfikirkan kampung halaman. rindu pada yang tidak terwujud
nak bagitahu hari ini yakni dua-puloh-lapan-tahun yang lalu, di teratak inilah abah dan ibu diijab-kabulkan. 
lokasi - Piket 60, Sungai Besar, Sabak Bernam

12 ulasan:

  1. manusia ni kdg umur je naik.
    perangai mcm budak.


    *lama x pegi sabak bernam

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lah..dah lama tak pergi tengok sawah padi yang menghijau..

      Padam
    2. cakap pasal sawah,perghhhh..
      memang nak la buat photoshoot sekali kt situ.
      tgh plan nak pegi.heww
      haha

      Padam
    3. bestnyerr...tapi kena cri time sesuai la..lau pegi time org bru pas menuai mmg xdelah nmpak pohon2 padi ituu..pling cntik time padi dh menguning...

      Padam
  2. bila meningkat usia,tingkatkan juga akal pemikiran ye dak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi malangnya semakin berusia manusia semakin akai tarak bole pakai..

      Padam
  3. Kita dikurniakan akal utk berfikirsecara rasional n bukan bertindak dikawal emosi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ngeeee~~~ kdg2 sy pon terikut emosi saja...

      Padam
  4. puitisnye..

    mungkinkah kau dan kau dan kau tu termasuk aku sekali?aku tu kau yang keberapa?huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh kenapa kau nak tergolong jugak ke dlm entri ni..haruslah tak..ni untuk org lain..nnti ada entri untuk kau aku mention nama hang besau2 yer...

      Padam
    2. dengan menjual kamu, untung2 saya yang akan terjual balik..strategi itu penting...

      Padam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya