Rabu, Julai 25, 2012

Diari Ramadhan #2 - Kelebihan dan Ganjaran

1. Diampun segala dosa yang lepas dan akan datang

Sabda Rasulullah saw: barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka diampunka segala dosa-dosa yang lepas dan akan datang [HR Al-Bukhari]

untuk mendapatkan keampunan Allah ini, orang yang berpuasa bukan sahaja wajib menahan dirinya daripada makan dan minum, bahkan wajib menjaga anggota badannya daripada perkara yang diharamkan Allah sama ada perkataan atau perbuatan seperti melihat dan mendengar perkara yang haram, mengumpat, dengki, membuang masa etc. semua ini akan menghalang dari mendapat keampunan dari Allah

2. Ganjaran Pahala Yang Berganda

sabda Raslullah saw: semua amalan anak adam akan diganda pahalanya, setiap amalan baik bersamaan sepuluh kebaikan dan diganda lagi sehingga tujuh ratus melainkan puasa. maka firman Allah Ta'ala: maka sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan Aku sendiri akan membalasnya, ia meninggalkan syahwatnya dan makan demi kerana-Ku [HR Muslim]

3. Puasa dan membaca Al-quran diwaktu malam akan memberikan syafaat di hari akhirat

sabda Rasulullah saw: puasa dan al-quran akan me,beri syafaatkepada hambaNya pada hari kiamat. berkata puasa: wahai tuhanku! aku telah menghalangnya dari makan dan minum dan syahwat, maka berilah syafaat kepadaku untuk (menyelamatkan) nya. Al-Quran pula berkata: aku telah menghalangya daripada tidur di waktu malam, maka berilah syafaat kepadaku untuk (kuberi) padanya. Kata Allah: maka kedua-duanya memberi syafaat [Hadis sohih - Riwayat Ahmad, al-Hakim dan al-Baihaqi]

4. Mendapat dua kegembiraan, satu didunia dan satu di akhirat

Sabda Rasulullah saw: bagi orang yang berpuasa, ia memperoleh due kegembiraan, apabila ia berbuka, ia gembira dengan berbukanya, dan apabila ia berjumpa Tuhannya, ia gembira dengan puasanya (yang diterima). [HR Al-Bukhari]

orang yang layak bergembira dengan dua kegembiraan ini ialah orang yang puasanya dapat menghalangnya dari melakukan kemungkaran dan perbuatan keji

5. Bau mulut yang disukai oleh Allah, bahkan lebih wangi daripada bau kasturi di akhirat

sabda Rasulullah saw: demi jiwa Muhammad yang berada di tangan-Nya, sudah pasti bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau wangi kasturi.[HR Al-Bukhari]

walaupun bau ini tidak wangi tetapi ia tetap disukai oleh Allah kerana ia berpunca dari amalan ketaatan kepada Allah. Walaupun berpuasa, disunatkan juga membersihkan mulut dan gigi setiap kali hendak berwudhuk atau solat dan ia tiada kaitan dengan bau mulut yang lebih dicintai oleh Allah dan bau kasturi

6. Disediakan pintu syurga khas al-Rayyan untuk orang-orang yang berpuasa

sabda Rasulullah saw: Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.” [HR Bukhari & Muslim]

7. pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan dirantai

sabda Rasulullah saw:

“Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”[Bukhari & Muslim]

ini memudahkan lagi hamba-hamba Allah untuk tunduk dan patuh kepada Allah serta memperbanyakkan lagi amalan-amalan soleh di bulan Ramadan

8. Sedekah di bulan Ramadan

dari Ibnu Abbas, berkata: "Rasulullah S.A.W adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadhan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi S.A.W). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.' [Hadis Bukhari dan Muslim]

9. Bonus lebih 1000 bulan (bersamaan 83 tahun)

Menurut kebanyakan ahli Tafsir, ayat ini memberi pengertian kepada kita bahawa beramal pada malam al-Qadar atau lailatul-Qadar lebih baik dari beramal selama 1000 bulan yang tidak ada lailatul-Qadar (malam al-Qadar) di dalamnya. (Rujuk: al-Asas fi at-tafsir, Said Hawa, surah al-Qadr)

"Sesiapa bangun (untuk mengerjakan ibadah) pada malam al-Qadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan ganjaran dariNya, akan diampunkan dosanya yang lalu". (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Menurut penjelasan beberapa hadis Rasulullah s.a.w., lailatul-Qadar ini terdapat di sepuluh malam terakhir Ramadhan iaitu pada malam-malam ganjil darinya. Kerana itulah, Rasulullah menggiatkan ibadahnya pada malam-malam tersebut termasuklah beriktikaf di masjid sebagaimana yang telah kita jelas tadi. Sabda baginda;

"Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan". (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)

"Carilah lailatul-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan". (Riwayat Imam Bukhari)

2 ulasan:

  1. begitu banyak kelebihan yang telah Allah sediakan.. sama2lah kita rebut :)

    BalasPadam

jika bicara cinta Ilahi hanya dirasa oleh mereka yang mahu memikirkanNya,
maka selayaknya bicara cinta kita hanya bersandarkan padaNya