Khamis, Mac 15, 2012

Mengingati Mati

Assalamualaikum wbt,

pertama-tama sekali aku ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Abang Noramin Mohd Nor, yang telah  pergi menghadap Illahi pada pagi hari ini kerana masalah paru-paru. Abang Amin adalah MPP UiTM Bandaraya Melaka bagi Exco Kebajikan. beliau telah banyak membantu pelajar-pelajar disini dalam meguruskan penempatan terutamanya. sesungguhnya dapat dirasa kehilangan Abang Amin kerana beliau sememangnya tidak pernah merasa jemu menghadap kerenah-kerenah pelajar yang pelbagai, kutukan, kejian, tak lepas-lepas diterima..camana aku tahu beliau diperlakukan sebegitu..jawapannya ada dalam Facebook. 

tapi hari ini aku lihat beliau sebagai seorang yang sangat beruntung, beruntung kerana pemergian beliau diiringi doa dari seluruh warga UiTM Melaka, terutama orang-orang macam aku yang memang terhutang budi dan jasa dengan beliau. tetapi itu tidak senang untuk dikecapi, bukan mudah untuk mengumpul rakan taulan yang datang mendoakan kita bila kita sudah tiada nanti. tetapi beliau berjaya melakukan itu, terbukti ramai yang sayangkan beliau semuanya kerana bakti yang beliau pernah beliau curahkan pada semua. tidak keterlaluan jika dikatakan pihak kerajaan Negeri Melaka juga sebenrnya terhutang budi dengan beliau yang sehabis mungkin mempromosi blok kediaman pelajar Apartmen Yayasan Melaka kepada seluruh pelajar UiTM Bandaraya Melaka.
kepada Alllayarham Noramin, semoga roh mu dicucuri rahmat.

berbalik kepada apa yang ingin aku sampaikan adalah, sejauh mana kita sentiasa mengingati mati? sejauh mana kita sedar yang malaikat utusan Allah sentiasa mengintai-ngintai kita untuk mencabut nyawa kita yang mana tidak akan sesekali lambat sesaat mahupun cepat sesaat. dan dari situ dapat kita imbau kembali sebanyak mana amal yang kita lakukan didunia, amal kebajikan, amal soleh, amal segala amal yang mampu memberatkan timbangan pahala bukannya dosa di padang mahsyar nanti. sungguh keji diri ini yang sering melupakan mati. semoga selepas ini aku lebih bersedia menemui Tuhanku.

#antara cara paling berkesan untuk mengingati mati adalah dengan menziarahi saudara yang telah pergi, dengan itu kita akan berasa betapa umur tidak pernah menjanjikan bila kita boleh pergi menghadap Illahi. Wallahualam

Ahad, Mac 11, 2012

Khamis, Mac 08, 2012

Makan Di Taman Ibu Kota Korea

Assalamualaikum wbt,
sebenarnya kan rabu minggu lepas saya dan kawan-kawan tepi tingkap kelas masa form five ada pegi jalan-jalan...kenapa saya panggil kawan-kawan tepi tingkap? sebab memang kami duduknya ditepi tingkap masa sekolah dulu..suka ambil angin segar saja la kekdahnyer..

sebenarnya motif utama nak bershopping, al maklum dah nak naik semester baru haruslah show off baju baru kan? Ya Allah ampunkan hambamu yang bongkak tak sudah-sudah ini..hehe biasalah siapa rajin datang belog ini haruslah tahu saya ni kaki bongkak..suka memuji dan memuja diri sendiri, sebab tahu takdak sapa yang sanggup puji-puji, baik puji diri sendiri kan? hommai, sadisnya hidup..

tapi lain ceritanya pabila perut dah melapo, memang cari makan dulu la gamaknyer, kang perut lapo, soping pon tak keruan kan? memula nak makan kat Chilis, tapi oopsss, sorry saya tak yakin lah, ada beer, wine segala haruslah syubhah tempat itu...jadi secara rasminya reject saja dan cari tempat lain hokeyy..

dan dalam pencarian itu kami terserempak dengan pakar-pakar gigi sekalian, jadi lupakan hasrat nak makan kejap, apa kata check gigi dulu..huhuhu...

okay akhirnya kami decide nak makan-makan di Seoul Garden yeeuwwollsss...okay jangan gediks sangat!! nanti orang tak suka..hermmmmhh tengok duit dalam saku, macam cukup saja, try sajalah kan, sebab memang tak pernah try pon makan disini..rm33 makan buffet, kemain kau memang mencanak la saliva-saliva aku semua bila dapat tahu boleh makan apa sahaja dengan hanya rm33..woot woot...terbaik, tanpa segan silu kami seperti siamang-siamang di lautan terus mengumpul seberapa banyak makanan laut, darat dan udara untuk di celup dalam tom yam atau pun di grill..sllurrrrppp....memang meleleh kau, berair saja memulut ini semua...

disebabkan boleh makan apa saja yang ada, memang idokler kami nak membazir kan..so disana sahaja kami bertapa selama dua jam lebih.sehingga yang baru masuk pon dah ada yang keluar dahulu sebelum kami..motif bertapa? haruslah bertapa sebab nak makan banyak-banyak kan?

yg interframe kt depan ni tembikar besi yang berisi kuah tomyam ye..sila abaikan

ini orang memang kaki lahap terbaik..yang ni rasanya round kelima beliau

kau nampak tangan-tangan lahap ittew..tak menahan kan?
bukan apalah..aku ni orang kampong masok bando haruslah aku eksaited kemain dengan Seoul Garden nih...jadi kepada anda yang rasa nak memengandungkan diri lima enam bulan datanglah tedaghah disini yer..variety of food you can have from appetizer until the dessert...memang yummy..sumpah banyak lagi benda aku tak makan kot..tak larat ngat...i have some tagline that i think pihak pengurusan Seoul Garden boleh pertimbangkan kot yang berbunyi cenggini "Anda Ingin Mati Kekeyangan, Datanglah Ke Restoran Kami"

eh kepada peminat-peminat belog aku, maaflah lepas nih dah tak da scheduled entry la untuk korang...eeeuuww bajet giler aku nih..perasan retiss nak mam pffftt!! tapi seriously atas kekangan kewangan, aku terpaksa tinggalkan dunia belog buat sementara waktu. jap-jap maksud aku, aku takkan kerap update belog la yer..

kalau ada apa-apa contest yang aku menang, silalah habaq mai..almaklum, rasanya banyak juga contest yang aku join bulan lepas. sebut pasal contest aku nak minta tolong jasa baik, budi pekerti kalian semua untuk KLIK DISINI DAN VOTE PIC INI YA!!

bapak sayang dengan korang siot
bubye

Ringkas

[27/2/2012- scheduled entry]




Assalamualaikum wbt, 
nak habaq mai la ni, lelaki ni kalau hidup dia tak serba ringkas toksah jadi lelaki la yer..ececeh, itu ayat kondeman paling clich├ęd sekali sebenarnya..bak kata pepatah lain padang, lain belalang..so pesonaliti seorang lelaki itu sangat berbeza-beza

ada lelaki yang hidupnya memang serba ringkas, makan pagi dengan roti gardenia celup air masak..erkk!! itu memang geli..takdelah aku cuma nak bagi contoh kehidupan aku di alam universiti ni. kalau aku ada kelas pagi ofkos aku akan bangun seawal mungkin demi sarapan. sebab aku ni dijadikan sebagai keturunan yang akan mengalami simptom2 kentut gajah apabila tidak mengambil sarapan yer kecuali kalau memang dah bangun lewat pukul 12, itu kira makan tengahari terus la yer kekdahnyer.

in terms of sarapan, aku bukanlah jenis manusia yang mngada-ngada perlunya terhidang nasi lemak sambal sotong kurita dihidang bersama rendang ayam, apa lagi variety of malay kuih ke watsoever, cukuplah aku menghirup secawan neskepe panas bersama 3 keping biskut cream crackers Hup Seng. memang tak kenyang pun, sebab lepas tu bukan aku nak pergi panjat gunung atau menukang di bangunan-bangunan yang dalam pembinaan apa lagi untuk menjadi seorang ahli bina badan yang memerlukan telur mentah berbakul-bakul..ceritanya aku hanya perlu mendengar bebelan pensyarah sahaja, haruslah aku tak mengambil benda yang berat-berat.

untuk tengahari pula aku akan pastikan aku makan nasi campur yang paling kurang ada 2 jenis lauk termasuk sayuran dan ulaman serta sambal belachan. itu wajib okay. dan bila tiba malam aku hanya perlukan makanan goreng-goreng sahaja umpamanya nasi goreng kerr, char kuew tiow kerrr...ha jenis-jenis camtulah..

bila tiba tengah malam aku akan sambung makan biskut-biskut kering yang memang menjadi stok wajib aku di bilik, kalau aku lapar sedikit, aku rendam megi sajalah..

okay sekarang dah tahu bagaimana mahu kekal kurus? ramping dan kacak seperti daku?

jap-jap korang tak konfius ke, entri ni menceritakan hidup aku yang serba ringkas, atau tips untuk menjadi menawan, atau sarapan itu penting, ataupon kepentingan biskut kering dalam kehidupan aku?? confuse confuse.

bubyee!!

Selasa, Mac 06, 2012

Kenali Diri #1: Perkara Yang Aku Suka Lakukan

Blogging-blogging

Cooking-cooking

Eating-eating

Sleeping-sleeping

Singing-singing

Day-dreaming

Isnin, Mac 05, 2012

Sem Baru, Semangat Baru

[20/02/12 - scheduled entry]

Assalamualaikum wbt, 

hari ini start kelas..
fuhh masih dalam perbincangan dengan rakan seangkatan nak tarik subjek apa 
since i got a lot of pengecualian credit for this semester..
xdelah banyak cuma free lagi 5 jam kredit..
so kalau rasa diri ini mampu mungkin akan tarik 2 lagi subjek yang berjumlah 3 dan 2 mata kredit respectively.

semester baru, gaya baru, personaliti insyaAllah baru tapi aku tetap hensem seperti selalu.
harap semua yang baik-baik saja berlaku dalam semester ini. Aminn..

http://makemestfu.net/

harapan..tak nak jadi dah sepetri quote diatas

bubye!!